Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

YB SADDI MERASMIKAN HARI GURU SEKOLAH MENENGAH BUKIT GARAM


Saddi menyampaikan sijil penghargaan Anugerah Guru penyayang SMK Bukit Garam pada majlis itu.

Saddi menerima cenderahati daripada Mordin selepas merasmikan Hari Guru SMK Bukit Garam 11 di Bukit Garam, Kinabatangan.

BUKIT GARAM : Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman berkata, pendidikan formal dalam negara hari ini telah menjadi kuasa penyatu masyarakat sebuah negara bangsa (binding force of unity) dengan keupayaannya mendidik murid tanpa mengira kaum demi, bagi memenuhi cita-cita nasional di bawah Gagasan Satu Malaysia.

Katanya, konsep menyediakan pendidikan untuk setiap rakyat menerusi peranan kementerian Pelajaran itu adalah amat significant dengan gagasan yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu ke arah meningkatkan daya saing negara di persada antarabangsa, setimpal kualiti pendidikan negara yang terus diperkasakan.

“ Terbukti pendemokrasian pendidikan dalam negara selama lebih lima dekat telah menjadi penyumbang pembangunan ekonomi dan peningkatan hidup rakyat tanpa mengira kaum. Pencapaian ini sekaligus membantu menjayakan agenda pembasmian kemiskinan, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan negara dengan berpaksikan perpaduan,” katanya.

Berucap merasmikan Hari Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam 11 di sini, Saddi berkata, focus pembangunan rakyat turut dicapai di kawasan Kinabatangan menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan yang turut diterapkan dengan berjaya di kawasan luar bandar Sabah.

Katanya, adalah amat wajar bagi seluruh masyarakat memberi perhatian terhadap Sambutan Hari Guru pada setiap tarikh 16 Mei sebagai mengiktiraf sumbangan guru kepada pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia.

“ Maka walaupun SMK Bukit Garam ini bukan terletak di kawasan Dun Sukau atau pernah saya diduduki di zaman persekolahan, tetapi saya begitu menghargai semua guru-gurunya dan terima kasih kepada Pengetua, Haji Mordin Haji Daud kerana menjemput saya melancarkan hari penting ini,” katanya kepada lebih 1,000 gabungan guru, murid dan ibu bapa yang hadir pada majlis itu.

Turut hadir wakil Pegawai Pendidikan Daerah, Ustaz Jumat Yusman serta kakitangan di bawah Unit PKR Dun Sukau.

Sehubungan itu beliau menggesa guru-guru memperkasakan azam serta iltizam mereka untuk terus mempertingkatkan prestasi pendidikan negara di kawasan ini, sesuai dengan ganjaran dan pengiktirafan yang diberikan pihak kerajaan serta masyarakat sekitar mereka.

“ Kita sentiasa berhadapan dengan zaman dan tuntutan persekitaran yang terus berubah. Maka itu para guru tanpa mengira di mana mereka ditugaskan perlu menghayati tanggungjawab dan amanah dengan sedar mereka adalah barisan hadapan negara dalam penyaluran ilmu pengetahuan yang tinggi kepada setiap generasi rakyat.

“ Kegagalan rakyat juga akan mencerminkan kegagalan guru dalam menerapkan ilmu pengetahuan, pada ketika kita sedang berlumba-luma mencapai kemajuan sains dan teknologi dengan negara lain.

“ Saya turut berbangga kejayaan Malaysia hari ini menduduki tempat ke 10 dalam pencapaian tahap ekonomi global dari kedudukan yang ke 18 sebelum ini, adalah kerana kebijaksanaan para perlaksana hasil dari penguasaan ilmu mereka berasaskan pendidikan dimliki,” kata Saddi.

Saddi kemudian menggesa seluruh masyarakat di kawasan Kinabatangan merebut peluang mempertingkatkan tahap pencapaian pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah yang sedang disediakan kerajaan, demi menguasai kemajuan yang lebih besar, seiring matlamat ke arah mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Selesai.