Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Sambutan Hari Krismas 1 Malaysia 2010.(Kinabatangan)

Yb Datuk Saddi di apait oleh Masiung & Abd Latif Kandok Pada jamuan makan malam krismas di dewan serbaguna Kinabangan.
Yb Datuk saddi menerima cenderahati dari pihak penganjur

Yb Datuk Saddi menyampaikan ucapan


SUKAU :

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan DUN Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman mengingatkan rakyat supaya tidak mempersia-siakan nilai perpaduan yang padu masyarakat berbilang kaum di negara ini yang sudah sebati sebagai benteng warisan kekuatan dan kedaulatan negara.
Beliau menegaskan, sambil rakyat berbilang kaum dan agama berhak mengekalkan budaya dan amalan agama mereka yang digariskan dalam perlembagaan negara, kesatuan kerjasama yang termterai di bawah ‘kontrak sosial’ harus terus menjadi elemen bagi diterjemahkan dalam menyemarakkan semangat sebuah negara bangsa, iaitu bangsa Malaysia.
“ Hari ini segala kerjasama dan kekuatan perpaduan berbilang bangsa dan agama ini semakin diperkasakan di bawah Konsep Satu Malaysia, rakyat didahulukan, Pencapaian Diuatamakan. Maknanya, Perdana Menteri yang kita sayangi, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu setiap individu rakyat bebas dan berhak untuk melakukan komitmen yang bernilai tinggi dalam menjana pembangunan bangsa, diri dan negara menuju matlamat sebenar,” katanya,
Berucap merasmikan Sambutan perayaan Krismas Satu Malaysia peringkat Daerah Kinabatangan di Dewan Serbaguna Kota Kinabatangan di sini, Saddi yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah berkata, sambutan hari krismas yang pertama kali terbuka kepaa semua kaum di daerah itu amat menepati gagasan Konsep Satu Malaysia.
“ Walaupun masyarakat berbilang kaum dan agama hadir di majlis ini tetapi saya melihat program ini adalah salah satu perayaan penting untuk rakyat berbilang kaum di kawasan ini yang perlu diperhebatkan pada masa akan datang,” katanya kepada lebih 1,000 orang yang hadir menyaksikan sambutan itu.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut , Masiung Banah, Pegawai Daerah Kinabatangan, Abdul Latif Kandok dan pemimpin masyarakat berbilang kaum dari sekitar Dun Sukau dan Kuamut.
Katanya, walaupun sambutan malam ini bermula dengan tradisi sambutan hari Natal oleh penganut agama Kristian, tetapi secara keseluruhannya pengisian yang diadakan, disamping jamuan makan dan minum adalah untuk rakyat berbilang kaum di negara ini.
Beliau menyeru kepada masyarakat di kawasan ini supaya terus memperhebatkan lagi kerjasama di kalangan mereka tanpa mengira kedudukan agama dan latar belakang, sebagai memenuhi agenda pembangunan rakyat di kawasan Parlimen Kinabatangan, khususnya di kawasan Dun Sukau dan Dun Kuamut.
“ Terus sematkan di dalam diri bahawa kita di kawasan ini adalah rakan seperjuangan dalam memajukan kawasan masing-masing. Sudah tentu dengan kejayaan kita bersama akan meletakkan negara secara keseluruhannya sebagai negara modal perpaduan dunia sejagat,” katanya.
Selesai.

PENYAMPAIAN BANTUAN WANG EHSAN MANGSA BENCANA BANJIR DAERAH KINABATANGAN

Datuk Saddi menyampaikan bantuan wang ehsan kepada salah seorang penerima sijil sambil diperhatikan oleh Penolong Pegawai Daerah, Madinin Zinin, Sharin, Pastor dan bahri.
Datuk Saddi berpeluang mendengar penjelasan rakyatsambil diperhatikan oleh Madinin.




Datuk Saddi menyampaikan Ucapan sempena majlis Pemyampaian bantuan wang Ehsan mangsa bencana banjir.
SUKAU :

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman memberi amaran rakyat luar bandar khususnya di kawasan ini bakal berhadapan suasana paling kritikal memajukan ekonomi selagi isu pemilikan tanah di kalangan mereka gagal diselesaikan.

Beliau menegaskan, selain saiz tanah yang pernah diwartakan kerajaan terhadap mereka sekian lama semakin mengecil kerana direbut dan ‘diperdayakan’ pihak luar, sistem rangkaian perkhdimatan yang ‘rapuh’ bermula dari peringkat pimpinan akar umbi hingga ke pegawai-pegawai kerajaan yang dipertanggungjawabkan bakal memusnahkan impian menjayakan ekonomi yang boleh diwarisi turun temurun itu.
“ Saya mengambil contoh kawasan tanah di kampung Litang ini kalau dulu kerajaan memperuntukkan seluas lebih 3,000 ekar untuk program pertanian para pekebun kecil setempat. Tetapi kerana ianya gagal dikawal dan terus memudahkan pihak tidak bertanggungjawab memilikinya secara ‘tamak’, kawasan tanah ini tinggal lebih seribu ekar.
“ Masalah seumpama ini berlaku di banyak kampung di dalam Dun Sukau yang menjadikan rakyat semakin terpinggir. Keadaan ini lebih bertambah rumit jika ada pihak yang dipertanggungjawabkan kerajaan bersifat ‘ harapkan pagar, pagar makan padi,” katanya.
Berucap di Majlis Menyampaikan Bantuan Wang Ehsan Bencana Banjir Majlis Keselamatan Negara bagi masyarakat Kampung Litang, Tidung dan Dagat di Dewan Serbaguna Kampung Litang di sini pagi kelmarin, Saddi berkata, isu tanah rakyat sedemikian hanya mampu diselesaikan sebuah kerajaan yang kuat iaitu Barisan Nasional (BN) melalui langkah-langka pengurusan yang teratur dan berkesan.
Saddi berkata, ke arah ‘menyalami’ keseluruhan masalah berhubung isu tanah di seluruh kawasan Dun Sukau ini, pihaknya sedang menyediakan pelan penyelesaian di bawah ‘makmal khas’ pengurusan yang mula digerakkan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Sukau.
Katanya, makmal itu yang mula digerakkan awal tahun depan akan memperincikan segala masalah dan penyelesaiannya untuk tindakan jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat secara berjadual, dengan rakyat atau pemohon tanah akan mendapat penjelasan secara pantas dan menyeluruh.
Makmal dipengerusikannya itu bakal berhadapan dengan beberapa isu paling serius seperti isu tanah Koyah A, B,C. Isu Tanah Sungai Pin yang melibatkan tanah milik pekebun kecil disediakan kerajaan lepas, diikuti isu tanah di Gomantong Jaya dan isu tanah Sekang yang digazetkan di bawah Tanah Rezab Perumahan Anak Negeri.
Katanya lagi, selain di peringkat jabatan tertinggi yang lain, mesyuarat Penggunaan Tanah Daerah atau LUC yang akan diadakan sebulan sekali dipengerusikan Pegawai Daerah berkenaan berperanan sebagai ‘penentu’ setiap kedudukan permohonan tanah rakyat di kawasan ini.
“ Makmal tanah, diikuti soal penyelesaian isu kemiskinan rakyat di bawah Ketua Isi Rumah Termiskin (KIRT) dan E Kasih akan digerakkan secara sepadu mengikut kaedah penyelesaian kerajaan persekutuan di bawah NKRA sebagai indeks petunjuk prestasi (KPI) saya memberikan khidmat.
“Saya mengharapkan agar segala permasalahan yang tentunya melibatkan peranan semua jentera kerajaan berkaitan ini dapat diselesaikan 50 peratus menjelang tahun 2012,” katanya yang menegaskan semua isu dibangkitkannya sebagai amat serius dihadapi rakyat di kawasan ini.
Mesej ucapan wakil rakyat itu terus mendapat tepukan dan jeritan sokongan lebih 200 penduduk yang hadir sebagai bukti mahu segala masalah yang dihadapi mereka selama ini diselesaikan.
“ Saya datang ke sini bukan bercakap retorik. Saya juga tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang. Tetapi sebagai bekas kakitangan kerajaan, saya tahu segala peramasalahan rakyat ini dapat diselesaikan dengan kerjasama rakyat, pimpinan akar umbi dan kakitangan sebuah kerajaan yang kuat seperti Barisan Nasional,” katanya yang turut mendesak agar semua Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung di kawasan ini bersikap lebih proaktif ke arah membawa Dun Sukau sebagai kawasan maju di tahun 2020.
Katanya, pemimpin berkenaan boleh turut memberi penjelasan tegas kepada mana-mana pihak yang keliru dan ‘mempolitikkan’ pendekatan dan falsafah perkhidmatannya lebih ditumpukan kepada pembelaan sebenar rakyat di kawasan ini.
Dengan turut menyentuh kewujudan Pekan Baru Sukau bakal memberikan limpahan ekonomi kepada rakyat di kawasan ini dengan cadangan mengujudkan jambatan kedua yang boleh memudahkan sistem perhubungan ke seluruh mukim Litang sebelum ke Lahad Datu dan Tawau,

Saddi berkata, rakyat harus mula ‘mengeksploitasi’ peluang tersebut.
Dalam pada itu, Datuk Saddi mahu pihak MKN perlu bertindak lebih realistik dalam menyediakan bantuan bencana banjir yang berlaku setiap tahun di kawasan Kinabatangan meliputi bantuan kewangan dan kemudahan kediaman mangsa-mangsa itu yang dilakukan secara pantas dan strategik berasaskan kesesuaian persekitaran rakyat.
“ Saya turut menawarkan kepada MKN, jika menyediakan kemudahan penempatan baru mangsa banjir, ia boleh dibina di kawasan Pekan Baru Sukau yang menyediakan lanskap perumahan dan pembangunan pekan baru yang amat teratur dan strategi kepada masa depan ekonomi Dun Sukau,” katanya.
Selesai.

BERITA SUKAN SABAH PIALA KETUA MENTERI








Berita dari Sabas.
Saddi bercakap kepada media bersama-sama Presiden Sabas, Datuk Zakaria.




SANDAKAN :




Timbalan Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas), Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, tidak ada masalah untuk persatuan itu mengemukakan permohonan menjadi ahli bersekutu Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang ditawarkan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini.


Katanya, sebagai persatuan yang memiliki ahli yang ramai mewakili Bangsa Sungai di merata negeri Sabah, Sabas mempunyai keupayaan berbuat demikian melalui permohonan rasmi yang dikemukakan kepada urusetia BN dalam masa terdekat.


“ Malah saya gembira, Presiden Sabas, Datuk Zakaria Haji Idris sudah bersetuju dengan seranan ini. Maka kami akan berbuat demikian dalam masa terdekat. Sudah tentu penyertaan Sabas memberikan kesan besar dalam mengekalkan kekuatan BN di Sabah yang merupakan antara aset kepada kekuatan kerajaan BN dalam negara,” katanya.


Bercakap kepada pihak media selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kemenangan Piala Tagajoh Gayoh di Padang Bandaran di sini, Saddi berkata, 12 Ahli Dewan Undangan Negeri dan 4 Ahli Parlimen di Sabah yang mewakili Bangsa Sungai telah dan akan terus memberikan sokongan yang padu kepada BN dalam menjayakan wawasan dalam pemerintahannya di negara ini.


“ Maka sudah tentulah apabila keanggotaan Sabas diterima sebagai ahli bersekutu dalam BN, focus dan tumpuan kami wakil-wakil rakyat dalam Sabas terhadap memberikan perhatian dan pembelaan kepada masyarakat Sungai khususnya di luar Bandar yang memerlukan pembelaan akan lebih menyerlah.


“ Sebahagian mereka yang amat memerlukan pembelaan serba serbi terbukti terus memberikan sokongan kepada BN sekian lama dan selayaknya kerjasama ini mendapat pengiktirafan dari sebuah kerajaan yang kuat seperti BN,” katanya.


Sebelum itu, Presiden Sabas, Datuk Zakaria bersetuju dengan cadangan menjadi ahli bersekutu komponen BN itu dan satu persiapan akan dibuat sebelum mengemukakan permohonan ke ibu pejabat BN di Kuala Lumpur.


“Kami memang sudah sebulat suara untuk mengemukakannya kepada setiausaha BN pusat,” katanya sambil menjelaskan Sabas telah turut mempunyai peranan yang besar dalam memperkuatkan jentera BN di Sabah sebelum ini.


Zakaria menyatakan rasa gembiranya kerana Pengerusi BN itu yang juga Perdana Menteri membuka tawaran sebagai ahli bersekutu kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan atau Ngos, termasuk Sabas sebagai sebuah pertubuhan berasaskan bangsa berpeluang menganggotainya.
Mengenai pencapaian dalam penganjuran Liga Bolasepak Piala Tagajoh Gayoh itu, Zakaria berkata, keupayaan program itu telah berjaya merapatkan kembali jalinan kekeluargaan dalam masyarakat orang sungai dari pelbagai etnik di seluruh negeri yang menyumbangkan kepada kekuatan BN.
Selesai.

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN WANG EHSAN KEPADA MANGSA BANJIR







1.Saddi menyampaikan bantuan wang ehsan kepada salah seorang penerima, sambil disaksikan Ibrahim, Mejar Mohd Sukri Ismail, Tahir dan Jamal.
2. Saddi menyampaikan ucapan di majlis berkenaan.
3. Saddi bersama kakitangan UPKR Dun Sukau melawat projek Adun di Kampung Mumiang, dekat Kampung Abai.



SUKAU :
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, tranformasi pembangunan hanya akan bermula apabila kumpulan rakyat khususnya pemimpin di peringkat akar umbi menyedari keperluan dan kekurangan di sekitar mereka dan bersedia untuk menganjak perubahan secara agresif demi kemajuan berkerjasama.
Katanya, masyarakat di luar Bandar tidak semata-mata untuk mengharapkan pemimpin turun padang untuk membuat teguran dan perubahan, tetapi mekanisma dalam menyediakan asas berfikir dan bertindak secara sepakat mampu mengerakkan pimpinan serta kerajaan mengatasi pelbagai keperluan, selain merancang dan menyediakan sesuatu yang baru untuk kemajuan rakyat.
“ Saya mengambil contoh di Kampung Abai ini, jika penduduknya bersedia untuk menjadi peneroka ladang kelapa sawit di kawasan lebih 1,000 ekar yang sekian lama disediakan untuk pertanian, mereka akan lebih maju.
“ Yang penting penduduknya tidak ‘mengabaikan’ kampung Abai lama untuk menjadi sebagai kampung tradisi yang boleh dikembangkan sebagai pusat pelancongan dan bidang perikanan’” katanya.
Berucap di hadapan penduduk Kampung Abai pada satu majlis menyampaikan Bantuan Wang Ehsan kepada mangsa-mangsa banjir di kampung itu, diikuti majlis Kesyukuran penduduk bagi menghargai gelaran ‘Datuk’ yang diterima wakil rakyat itu sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri yang lepas, Saddi berkata, keseluruhan masyarakat di dalam Dun Sukau perlu mempunyai iltizam tinggi untuk kemajuan mereka.
Katanya, hanya dengan kesediaan pemimpin akar umbi di dalam Dun ini menjalankan tanggungjawab diamanahkan, mengabungkan peranan wakil rakyat serta kerajaan, membolehkan rakyat menikmati faedah kemajuan daripada intipati slogan di bawah Konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Saddi merasa bersenang hati dengan penjelasan Pengerusi JKKK Kampung Abai, Tahir Haji Mastar bahawa kampung berkenaan menerima peruntukan pembangunan hampir setengah juta ringgit daripada kerajaan BN dalam tempoh lebih dua tahun, melalui komitmen beliau dan Ahli Parlimen kawasan itu.
Kata Saddi bantuan kerajaan yang merangkumi kemudahan asas serta menggalakkan ekonomi penduduk tersebut, membuktikan kerajaan BN Negeri dan pusat ikhlas dalam menunaikan pembelaan kepada rakyat di luar Bandar, walaupun di kampung Abai yang penduduknya sebahagiannya berhijrah di kawasan Bandar.
Bagaimanapun, tegas Saddi, masyarakat tersebut akan kembali ke kampung jika langkah memajukan ekonomi berasaskan perladangan di kawasan baru dalam Kampung Abai dapat dimulakan.
“Saya akan memberi focus terhadap program penempatan semula penduduk di kawasan ini pada mesyuarat Pembangunan Tanah Daerah (LUC) akan datang. Saya mahu masyarakat Abai yang tinggal dibandar atas alas an-alasan ekonomi kembali ke kawasan ini untuk memulakan hidup baru,” katanya.
Katanya lagi, beliau akan turut memberikan tumpuan kepada kawasan ini dalam program pembangunan Rancangan Malaysia ke 10 (RMK10) yang bermula tahun depan termasuk mempastikan kemudahan jalan Sukau-Abai yang sudah diluluskan kerajaan dapat dilaksanakan.
Pembangunan itu, kata Datuk Saddi, tidak termasuk langkah-langkah pembangunan ekonomi yang boleh memperkasakan Kampung Abai sebagai sebahagian daripada kampung-kampung di persisir pantai Dun Sukau agar mendapat peranan penting dalam program pembangunan Pekan Baru Sukau yang hanya setengah perjalanan darat ke pekan tersebut jika ianya disiapkan.
“ Saya juga akan pastikan Kampung Abai ini tampil sebagai Kampung Tradisi Orang Sungai, apalagi ini sebahagian daripada tempat saya dibesarkan di peringkat sekolah rendah. Sudah tentu saya tidak ‘abaikan’. Itu janji Saya,” katanya.
Beliau juga berikrar untuk mencari jalan agar usaha mengujudkan sebuah tembok besar menghadang hakisan tanah terutama ketika musim banjir, yang menyebabkan kedudukan Kampung Abai hampir terbentuk sebuah pulau dipajangkan kepada kerajaan pusat untuk mendapat bantuan mengatasinya.
Tahir dalam ucapannya mencadangkan agar projek itu, diikuti beberapa projek meningkatkan perikanan penduduk kampung disegerakan demi kebaikan penduduk Kampung Abai.
Tahir menambah, ketika ini Kampung Abai semakin dikenali pelancong asing kerana kedudukannya di muara Sungai Kinabatangan yang hampir dengan Bandar Sandakan, selain keistimewaannya sebagai pengeluar udang galah dan pelbagai jenis ikan sungai yang bermutu tinggi.
Turut hadir pada majlis itu ialah Wakil Pegawai Daerah Kinabatangan, Ibrahim Samsi, Pegawai Majlis Keselamatan Negara Negeri, Mejar Mohd Sukri Ismail, Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Sukau, Amirudin Mohd Damit dan Ketua Kampung Jamal Enggau.
Saddi berkata, gelaran Datuk yang diperolehinya merupakan pengiktirafan kepada kerjasama dan sokongan rakyat kepada beliau sepanjang hanya lebih dua tahun perkhidmatannya.
“ Saya memang tidak menduga diberi gelaran besar ini. Tetapi saya mengerti ianya berasaskan kepada sokongan kekuatan rakyat. Saya mengharapkan agar gelaran ini dapat diterjemahkan sebagai kekuatan kerja berpasukan agar kerajaan BN terus dapat memberikan perkhidmatan dan pembelaan, manakala rakyat keseluruhannya di Dun Sukau dapat menikmatinya dalam konteks memnuhi tuntutan negara,” katanya.
Selesai

WUJUD RANCANGAN MAJUKAN PEKAN BAHARU SUKAU


SABTU, 27HB NOV 2010 : hayati Dzulkifli


Kota Kinabalu : terdapat rancangan untuk memajukan pekan baharu Sukau dikenali sebagai " Bandaraya Biodeversiti" yang sedang di usahakan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, kata adun Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman.


Dalam menjelaskan laporan yang di siarkan pada Jumaat, beliau berkata walaupun tidak ada tabung daripada Lembaga Pembagunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) yang terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Ketua Menteri, tabung bagi projek itu boleh diperoleh daripada kementerian berkenaan. Saddi menjelaskan, beliau bertanya kepada kerajaan Negeri melalui Sedia sama ada agensi itu mempunyai dana untuk memajukan pekan baharu itu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Disini, Khamis lepas.


" Pembantu Menteri Datuk Ghulam haidar Khan Bahadar menjawab soalan saya di Dewan.

" gulam dalam jawapannya berkata, Sedia yang terletakdi bawah Jabatan Ketua Menteri tidak mempunyai tabung/ rancangan untuk memajukan pekan baharu sebagai "Bandar Biodiversiti" di Sukau, katanya kepada harian Ekspress di sini Jumaat.


" kepada soalan tambahan, beliau berkata, Ghulam mengulangi bahawa kementerian itu telah mengemukakan permohonannya untuk memajukan projek (pekan baharu) itu kepada Kerajaan untuk diberi pertimbangan.


Ghulam juga berkata pihak kementerian melalui LPPB telah menjalankan upacara pecah tanah untuk pekan baharu Sukau pada 24 Julai tahun ini. Pada 24 Julai, akhbar itu melaporkan, sebuah pekan baharu " bandaraya Biodiversiti" akan diwujudkan secara berperingkat-peringkat di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) untuk memaju pembangunan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat tempatan.


Ketua Menteri, datuk Seri Musa Aman, yang melancarkan upacara pecah tanah projek itu berkata, kira-kira RM200 juta akan dibelanjakan ke atas projek itu yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dan peluang perniagaan untuk penduduk Sukau.


"Kerajaan Negeri meluluskan projek itu kerana kita nampak keperluan dan kepentingan penduduk tempatan boleh dipenuhi terutamanya dalam memajukan semula lanskap ekonomi Sukau. "Kita memberikan projek ini sebagai hadiah kepada masyarakat tempatan, yang merupakan satu lagi bukti komitment dan dedikasi Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membawa pembangunan di sini, kata Musa.

Mesyuarat Pemulaan Koperasi Pembagunan Tanah Sg Pin Batu Putih, Kinabatangan.

Imam ali menerima sijil keahlian koperasi drp Datuk Saddi
Datuk saddi secara simbolik menandatangani sijil keahlian koperasi pembangunan tanah Sg Pin Batu Putih.

Saddi berucap ketika merasmikan Mesyuarat Pemulaan Koperasi Pembangunan Tanah Sungai Pin Batu Putih, Kinabatangan.

SUKAU:
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengingatkan pihak tertentu supaya tidak membanding-bandingkan keupayaannya mengurus soal tanah rakyat dengan pemimpin sebelum ini, walaupun isu berkenaan adalah asas kepada ukuran kecemerlangannya memberi khidmat.
Katanya, walaupun belum sampai sepanggal pilihanraya menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat, beberapa kes menyelesaikan tuntutan rakyat di kawasan Dun Sukau secara berperingkat-peringkat sudah dibuktikan bermula dengan kejayaan Jabatan Tanah dan Ukur meluluskan urusan pengukuran tanah di Kampung Sentosa Jaya di sini.
“ Peranan kita yang paling berhasil apabila mendapat persetujuan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lepas apabila soal kewajiban mendapat laporan tanah daripada Jabatan Pertanian Negeri di Kota Kinabalu, yang membawa penyebab melewatkan proses permohonan tanah rakyat luar bandar di bawah 50 ekar sekian lama, sudah dikecualikan.
“ Kedudukan ini bukan saja melibatkan kepentingan rakyat Dun Sukau, tetapi seluruh negeri yang akhirnya dipersetujui oleh semua wakil-wakil rakyat hingga kepada perkenaan menteri berkenaan, sewaktu saya membentangkannya dalam membahas Bajet Negeri 2011,” katanya.
Berucap merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Pembangunan Tanah, Sungai Pin Batu Putih di Kinabatangan di Bangunan Koperasi Kopel di Kampung Mengaris di sini, Saddi berkata, isu mengatasi soal tanah rakyat di dalam kawasan Dun Sukau adalah peranan berterusan yang diperjuangkannya dan ‘bukan isu bermusim’.
Tanpa menyentuh pihak tertentu yang dimaksudkan beliau, Saddi menegaskan, isu termasuk keperluan tanah merupakan ‘makmal’ bagi beliau sebagai mengukur indeks prestasi berkhidmat kepada rakyat dalam Dun Sukau untuk diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.
Untuk itu, kata Datuk Saddi, pendekatan strategik dalam menangani isu-isu berkenaan perlu ada bagi mempastikan soal keperluan tanah akan menjadi asas kesjahteraan rakyat dengan melibatkan kebijaksanaan para pegawai kerajaan, diikuti pembabitan serius para pemimpin akar umbi.
“ Ianya tidak mudah sebagaimana diucapkan di depan rakyat. Tetapi perlu diselidik dan dibincangkan secara berkesan termasuk dalam Mesyuarat Penggunaan Tanah Daerah atau LUC, sebelum kepentingan sumber ini hanya diberikan kepada rakyat tempatan yang berhak.
“ Saya tahu isu tanah amat penting kepada rakyat rakyat diluar Bandar. Memajukannya bermakna keupayaan rakyat mentranformasikan ekonomi keluarga dan setempat…Usaha ini seiring konteks pembangunan halatuju negeri dan meletakkan DUN Sukau sebagai sebahagian daerah maju akan datang,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Pengarah SKM Wilayah Sandakan, Cik Marni Sulaiman, Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Sukau, Amirudin Mohd Damit, Pengerusi Penaja Koperasi berkenaan, Haji Imam Ali Bin Abdul dan Pengerusi JKKK Batu Putih, Sabran Hadari.
Saddi dalam ucapannya bersetuju dengan pendekatan kelompok rakyat di kawasan Batu Putih dalam menjadikan koperasi sebagai sandaran menjana ekonomi berasaskan pertanian dan perladangan, seiring dengan aspirasi dan pendekatan yang diamalkan kerajaan ketika ini dalam membangunkan rakyat secara berkelompok.
Bagaimanapun, katanya, dalam objektif mereka mahu memajukan tanah di kawasan Sungai Pin, kedudukan status tanah tersebut perlu dikemukakan kepada beliau untuk dinilai dan diberikan sokongan padu untuk dimajukan.
“ Jangan nanti kemudian hari ada pertikaian dan tuntutan berhubung status tanah Sungai Pin. Ini tidak lagi melibatkan pihak institusi kewangan dan SKM. Tetapi sebagai wakil rakyat anda, saya tidak ada halangan, jika ianya boleh dimajukan secara kolektif. Saya amat bersyukur kerana tanah merupakan sumber penting memajukan rakyat di sini,” katanya..
Sambil mengulangi ayat-ayat penting bahawa beliau berusaha memajukan seluruh rakyat di Dun Sukau termasuk di sini dalam apa cara sekalipun, Saddi berkata, pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah salah satu institusi penting kerajaan yang perlu didedaki rakyat luar Bandar dalam menjayakan masa depan ekonomi mereka.
Sektor penting selain perladangan, kata Datuk Saddi, program pembiakan burung Walid yang mendapat bantuan kerajaan pusat RM135 juta dalam bajet negara 2011 perlu diberikan tumpuan kerana peluangnya yang agak kompetetif kepada masyarakat luar Bandar.
Mengenai soal pembangunan rakyat di Dun Sukau akan datang, kata wakil rakyat itu, beliau akan berusaha mengagih-agihkan peruntukan RM1 juta yang disalurkan kerajaan negeri di bawah Bajet 2011 seadil-adilnya kepada rakyat di kawasan ini.
“ Yang penting jangan terpengaruh terhadap pandangan-pandangan negative pihak tertentu. Kerana saya sendiri mengesahkan bahawa jiwa dan raga saya masih saya serahkan untuk kemajuan rakyat di kawasan ini selagi saya diberikan kepercayaan dan amanah. Itu janji saya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga menyarankan pihak koperasi seperti Koperasi Pelancongan Batu Putih (KOPEL) di sini yang sudah dikenali operasinya termasuk di dalam negara, jika terbukti mencatatkan keuntungan setiap tahun, dividennya perlu dibahagi-bahagikan bagi memberi galakan kepada semua anggotanya.

Selesai

Majlis Penyampaian Anugerah pelajar Cemerlang SK Paris







SUKAU:






Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, rakyat khususnya pelajar diluar bandar sentiasa memantapkan bidang Pendidikan sebagaimana yang terus dijayakan oleh kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Beliau berkata rakyat harus melakukan transformasi pendidikan sebagaimana dilakukan kerajaan di bawah NKRA itu agar bidang Pendidikan mampu menjadi ‘perisian’dalam meletakkan negara menguasai pelbagai bidang apabila mencapai tahap sebuah negara maju tiadak lama lagi.



“Usaha ini tidak terkecuali pada masyarakat dn pelajar di Kampung Paris. Saya menyarankan semua ibubapa berganding bahu dalam memajukan soal pendidikan anak-anak dalam kawasan ini. Saya mahu melihat jika suatu masa nanti ramai anak-anak berkebolehan dalam Pendidikn dapat dilahirkn dari kawasan ini”. Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang di SK. Paris di sini kelmarin.



Saddi berkata, beliau sentiasa komited untuk menjayakan bidang Pendidikan di kawasan Dun Sukau termasuklah mengambil kira keperluan untuk memperbaiki dan membina bangunan-bangunan sekolah baru di kawasan yang memerlukan di sini.
Katanya, mengenai cadangan Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di sekolah berkenaan untuk menaiktaraf bangunan sekolah tersebut Saddi berkata, beliau akan membawa perkara itu kepengetahuan Kementerian Pelajaran untuk ditangani.






Katanya, beliau merasa terharu kerana bangunan sekolah berkenaan bukan sahaja uzur tetapi berada dalam persekitaran yang kurang menarik dan perlu diperbaiki dalam mencapai tahap pembelajaran yang kondusif. Saddi berkata, beliau terus memiliki perancangan untuk mewujudkan sebuah lagi Pekan kecil di kawasan Kampung Paris bagi memudahkan masyarakat di kawasan itu menikmati pelbagai kemudahan yang boleh disediakan pihak kerajaan serta menerusi penyertaan pihak swasta.



“Bagaimanapun saya masih merangka cadangan ini sekiranya sesuai saya akan ajukan juga pada kerajaan untuk mendapat perhatian, katanya.”
Sebelum itu, Pengerusi PIBG sekolah itu Hussin mencadangkan kepada Datuk Saddi Haji Abdul Rahman supaya bangunan sekolah SK. Paris 3 dinaik taraf demi keselesaan pelajar serta kenaikan semangat ibubapa dalam memajukan pendidikan anak-anak mereka.