Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Saya akan bertanding untuk jawatan Ketua Bahagian!!!

Saddi buat pengumuman bertanding Ketua Bahagian Kinabatangan
Antara yang hadir dalam mesyuarat Umno Kampung perpaduan
Ketua Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan dan mantan Adun Sekong, Datuk Salleh Janan antara yang hadir

Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, peranan dan tanggungjawab memajukan rakyat di seluruh Sukau dan Kinabatangan  bergantung kepada peranan yang boleh dimainkan oleh Parti Umno.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, ia  termasuk keupayaan membangunkan Pekan Baru Sukau,  menyelesaikan isu pembinaan  sekolah rendah dan menengah yang tertangguh dalam kawasan Sukau dan Batu Putih, diikuti keperluan pembangunan sosio- ekonomi rakyat yang masih ketinggalan. “ Gagasan ini saya tumpukan sejak bertanding selaku Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan tahun 2009.

“Namun apabila saya tewas, walaupun secara tradisinya jawatan Timbalan Ketua Bahagian dipegang lebih tiga panggal oleh Adun Sukau sebelum ini (Datuk Aklee Haji Abbas), peluang saya berkhidmat hanyalah sebagai Ketua Cawangan Umno Perpaduan 1, Batu Putih.

“ Saya terus berusaha ‘mengejar’ untuk berbaik-baik  dengan kepimpinan bahagian, termasuklah memberikan bantuan dan terlibat dalam beberapa program penting.

“Tetapi saya tetap tertinggal untuk berkerjasama,  sedangkan segala peranan saya  dipandang  ‘sceptical’ (sinis),” kata Saddi.

Menyatakan demikian ketika menyampaikan ucaptama beliau pada Mesyuarat Cawangan Umno Kampung Perpaduan 1 dan Kampung Perpaduan 11 di Ball Room Sabah Hotel di sini,  Saddi berkata,  beliau tidak pilihan lain melainkan bertanding merebut Jawatan Ketua Umno Bahagian itu.

Sunggupun demikian, kata Saddi,  keputusan untuk bertanding kali ini diambil selepas  membuat tinjauan selama lebih dua bulan di kawasan itu.

Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) itu berkata,  daripada tinjauan dilakukan pihaknya kepada lebih 200 cawangan Umno di kawasan ini, mendapati lebih 56.13 peratus daripada pemimpin di peringkat cawangan bersedia merubah kepimpinan sekarang.

“ Saya juga berusaha menggelakkan tidak berlaku perpecahan dalam bahagian menerusi pertandingan ini.

“Tetapi format pemilihan terbaru  ini dilihat dinamik untuk menentukan pemilihan  berjalan  adil serta baik untuk mempastikan Umno terus kuat dan menjadi pilihan rakyat, dulu kini dan selamanya,” katanya .

Jika hasrat beliau ini menjadi kenyataan Saddi akan berhadapan dengan Datuk Bung Moktar Radin yang  menyandang jawatan itu sejak tahun 1998 menerusi satu proses pemilihan bahagian.

Seluruh ucapan Saddi lebih sejam didengar senyap oleh lebih 400 pemimpin cawangan sebagai pemerhati serta perwakilan daripada dua cawangan terlibat dan adakalanya hadirin berpekik supaya Saddi segera mengumumkan hasratnya  bertanding dalam pemilihan di peringkat bahagian Kinabatangan kali ini.

Keputusannya kemudian diberi tepukan gemuruh  dengan semua hadirin berdiri  menyebut ‘hidup Umno dan Hidup Saddi’.

Mesyuarat itu dirasmikan Naib Ketua Umno Bahagian Kinabatangan, Azman Haji Mastar. Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian, Matmin Itin dan beberapa orang AJK Umno Bahagian itu.

“ Saya menyahut cabaran semua ketua-ketua cawangan di Kinabatangan kali ini. Walaupun saya melihat pertandingan kali ini bukan bersifat amatur, tetapi seperti perlawanan bolasepak antara Manchester United dan Liverpool dalam Liga Perdana English (EPL),” kata Saddi.

Menyifatkan penyertaannya merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian lalu sebagai salah percaturan, Saddi berkata, beliau mempastikan saingan yang terbaik kali ini agar kekuatan tuntutan rakyat untuk mendapat perubahan dipertahankan.

Dalam pada itu, Saddi berkata, segala hasratnya membangunkan rakyat di seluruh Sukau termasuk mencadangkan pengujudan Pekan Baru Sukau bukan sesuatu  yang retorik atau janji politik beliau.

“ Sebaliknya hari ini pelan pembangunan itu  sudahpun diterima dan diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri.

“Keputusan Ketua Menteri melancarkan pekan ini 24 Julai 2010, adalah  kerana mempastikan harapan rakyat bakal memperolehi prasarana ekonomi  yang lengkap, selain wujudnya sebuah pusat pentadbiran Dun Sukau di masa depan.

Pejabat Daerah Tongod dalam Dun Kuamut, kata Saddi, suatu ketika dulu berfungsi sebagai Pejabat Daerah Kecil tetapi  kini sudah menjadi Pejabat Daerah Penuh dan menerima limpahan pembangunan.

Berbeza dengan Dun Sukau, katanya, kini masih ditadbir oleh Pejabat Daerah Kinabatangan yang terletak di Bukit Garam,  dalam kawasan Dun Kuamut. Manakala 16 buah kampung di persisiran Pantai Dun Sukau juga ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Kedudukan pentadbiran kerajaan yang beliau sifatkan Saddi bercelaru itu berbeza dengan cadangan Pekan Baru Sukau yang    terletak di tengah-tengah kawasan Dun Sukau, amat strategik untuk mudah dikunjungi seluruh rakyatnya dari 42 kampung.

“Kalau tidakpun mendapat pejabat pentadbiran daerah yang baru, tetapi kita berharap  dapat diwujudkan ebuah daerah kecil di sini menjelang tahun 2020,  demi memudahkan rakyat,” kata Saddi.

Saddi menambah projek pembangunan yang turut  memasukkan cadangan membina Jambatan kedua Dun Sukau untuk memendakkan masa perjalanan ke daerah Lahad Datu itu dapat disiapkan dalam jangkamasa singkat,  sekiranya mendapat pertolongan pimpinan Umno Bahagian.

“ Ingin saya tegaskan, projek saya cadangkan ini kini  bukan lagi tanggungjawab saya. Kita hanya menanti langkah pembangunan  seterusnya oleh Lembaga Perumahan Pembangunan Bandar (LPPB) Sabah itu.

“ Mengatakan projek ini sebagai  janji saya kepada rakyat seperti diwar-warkan pemimpin tertentu di bahagian ini adalah tidak relevan,” kata Saddi.

 Mengenai pertandingan dalam bahagian itu, Saddi berkata, dia ikhlas berjuang untuk rakyat.


“ Sudah kerap kali saya mengatakan bahawa niat untuk bertanding  sebagai Ketua Bahagian dan apa juga bukan semata-mata untuk menjadi seorang wakil rakyat. Kerana terbukti hari ini, saya masih diberi kepercayaan menjadi calon dan wakil rakyat,  walaupun hanya seorang Ketua Umno Cawangan. ” kata Saddi.