Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Kaji keputusan tender semula bina SMK Paris




PARIS 4 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mempersoalkan cadangan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengeluarkan semula tawaran tender bagi membina bangunan baru Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Kampung Paris yang sudah diputuskan kementerian itu sebelum ini.

Datuk Saddi berkata, tindakan mengeluarkan semula tawaran tender terhadap projek berpuluh juta ringgit itu harus diberi penelitian rapi kerana ianya hanya akan melewat-lewatkan projek infrastruktur pendididikan yang amat diperlukan rakyat di kawasan ini.

“Apabila kepututan tender sudah dikeluarkan pihak kerajaan dan projek berkenaan telah diberikan kepada syarikat yang berkelayakan, sepatutnya kerja-kerja pembinaan sekolah berkenaan boleh dimulakan.

“Tetapi cadangan untuk menender semula projek pembinaan bangunan baru SMK Kampung Paris menunjukkan ‘sesuatu masalah’ sedang berlaku kepada tawaran tender yang dilakukan serta kepada syarikat yang berjaya membida projek berkenaan,” katanya.


Datuk Saddi berkat demikian ketika memberi ucapan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Beg dan Pakaian Seragam Sekolah Renah dan Menengah disumbangkan Bahagian Tanggungjawab Koperat Sosial (SCR) KPD kepada 100 orang murid SMK Paris dan SK Paris di Dewan Serbaguna Kampung Paris 3 di sini pada Rabu.

Datuk Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah berkata, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku ketika rakyat dalam kawasan terlibat sudah sekian lama menagih pembinaan projek tersebut yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan dan kementerian terlibat

“Rakyat di kawasan ini sedang cuba membuat andaian bahawa kononnya sudah ada individu tertentu atau ‘tangan-tangan ghaib’ yang cuba memainkan peranan ‘mempengaruhi’ pegawai Kementerian Pelajaran agar menender semula projek berkenaan atas sebab tidak berpuas hati dengan keputusan tender yang telah dikeluarkan Jemaah Tender dalam Kementerian itu sebelum ini.

“Maka jika itu berlaku, saya mengharapkan agar Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin merangkap Timbalan Perdana Menteri campurtangan bagi mempastikan tindakan menender semula projek tersebut tidak berlaku,” kata Saddi.

Apa salahnya, kata Saddi, jika projek tersebut diberikan terus kepada penender yang berjaya kerana pemilik syarikat pastinya berkelayakan selepas berjaya dalam persaingan tender projek tersebut.

 Beliau berkata, Menteri Pelajaran sudah sewajarnya campurtangan menyelesaikan perkara itu agar projek berkenaan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang lebih cepat, selain tidak menjadikan pembinaan projek berkenaan sebagai lebih memberi kepentingan kepada individu tertentu,  berbanding harapan dan kepentingan pendidikan rakyat di kawasan itu.

“Jangan sampai projek pembinaan sekolah ini benar-benar menjadi cerita dongeng kepada rakyat di kawasan ini, selepas cadangan dan kelulusan mengenainya sudah dibuat, tetapi sehingga hampir 10 tahun pembinaannya belum juga dilaksanakan, malah diganggu oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata Saddi.Katanya, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan pegawainya di daerah ini perlu memberikan panndangan yang jelas kepada pihak tertinggi kementerian berhubung keperluan menyegerakan projek berkernaan yang duerlukan rakyat di kawasan ini.

“Demikian juga nasib yang dihadapi SMK Sukau, ianya perlu dikenalpasti dan diselesaikan. Tapak sekolah telah disediakan, demikian juga soal peruntukkan sudahpn diluluskan, tetapi mengenapa ianya masih belum dapat dilaksanakan selepas lebih 10 tahun dipertimbangkan kementerian,” katanya.

Mengenai bantuan beg dan pakaian seragam sekolah itu, kata Saddi ianya dilakukan oleh SCR Korperasi Pembangunan Desa Sabah (KPD) demi membantu golongan rakyat kurang berkemampuan,  sekaligus menggalakkan pelajar-pelajar bumiputera mencapai kejayaan cemerlang dalam pendidikan.

Katanya, walaupun pembahgian bantuan itu dilakukan selepas sesi persekolahan sudah lama berjalan, namun ianya belum terlewat untuk memberikan bantuan kepada ibu bapa dan pelajar mengurangkan beban kewangan, selain satu galakan kepada mereka untuk belajar lebih gigih.

Kata Saddi lagi beliau juga sedang mencari jalan untuk menyelesaikan beberapa kemelut pembangunan yang masih dihadapi oleh rakyat di kawasan Kampung Paris, khususnya kemudahan bekalan air yang masih belum dan dinikmati oleh segelintir penduduk.


“Mengenai pembinaan balairaya, pembaikan jalan, kemudahan ICT di pusat sumber sekolah menengah dan banyak lagi saya sedang cari jalan mengatasinya. Walaupun peruntukan yang diberikan kerajaan kepada saya agak kecil, saya cuba untuk mencari jalan lain untuk kebaikan rakyat bukan saja di Paris tetapi di seluruh Dun Sukau.. Kerana inilah amanah yang diberikan kepada kami,” katanya.