Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Membantu golongan belia tanggungjawab pemimpin




BATU PUTIH 21 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegur segelintir anggota kabinet negeri yang masih enggan ‘turun padang’ menjenguk nasib rakyat di kawasan ini yang menjadi salah satu penyebab pembangunan di kawasan ini masih ketinggalan.

Katanya, tindakan satu dua orang anggota kabinet negeri itu yang datangnya daripada Umno dirasakan enggan menerima undangan beliau menlawat dan menghadiri program anjuran rakyat di kawasan itu, kerana beliau (Saddi) bukan seorang yang memegang jawatan tertinggi di peringkat parti di bahagian itu.

“Tetapi saya memuji Menteri Belia dan Sukau Negeri, Datuk Haji Tawfiq Datuk Haji Abu Bakar Titingan kerana walaupun saya tidak memiliki jawatan tertinggi parti di kawasan ini, namun beliau sanggup datang menjenguk kawasan ini.

“Beliau datang ke kawasan ini bukan saja ingin membantu merubah masa depan belia dan rakyat Dun Sukau, namun memberikan bantuan yang termampu oleh kementerian diwakilinya,” kata Saddi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program Pembangunan Belia - 9 Teras 2015 di Peringkat Zon Sandakan di Dewan Kopel Kampung Batu Putih, dalam kawasan Dun Sukau, Kinabatangan Tengahari Sabtu.

Datuk Saddi berkata, sebagai sebuah Daerah Pertanian beliau amat mengharapkan kehadiran anggota kabinet berkenaan ke kawasan diwakilinya, kerana mencari pelbagai pendekatan dan usaha penting membantu nasib pekebun kecil di kawasan tersebut.

Malangnya, kata Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa itu, jemputan beliau tidak diberi layanan kerana memungkin beliau bukan dari kalangan yang berjawatan penting dalam Umno di kawasan ini.

“Tetapi pemimpin berkenaan jika ingin mengeluarkan kenyataan akhbar dan media berkaitan soal pembangunan dan pembelaan nasib masyarakat petani dan peladang, beliau boleh saja membuat kenyataan daripada program-program parti yang dianjurkan dalam kawasan diwakilinya.

“Maknanya, kalau ada pemimpin Umno begini, tidak perlulah dia menjadi seorang anggota kabinet negeri berkaitan bidang ini, cukuplah setakat menjadi wakil rakyat di kawasan diwakilinya,” kata Saddi.

Sambil berseloroh, Saddi berkata, “ Ini soal pokok..Saya tidak mahu bercakap hal ini di dalam Dewan Undangan Negeri, tetapi saya bercakapnya di dalam kawasan saya...kebetulan inilah kedatangan kali peertama dan amat bersejarah buat seoraang Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah ke dalam kawasan Dun Sukau.

Saddi berkata, beliau amat percaya dan yakin, perlantikan ke atas Datuk Haji Tawfiq menjawat menteri itu adalah tepat kerana kebolehan dan ketokohan beliau sebagai bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sabah dan pernah beberapa kali menjawat jawatan Pembantu Menteri.

“Saya amat mengenali beliau... Beliau bukan saja seorang yang berpendidikan tinggi, tetapi memiliki ketokohan yang tinggi sebagai pemimpin di dalam parti....Kalau dia mau datang ke Sukau, dia datang saja,” kata Saddi.

Ucapan Saddi itu disambut oleh Datuk Haji Tawfiq sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh semua pemimpin di dalam Umno dan BN yang memiliki jawatan dalam kabinet, tanpa mengira siapa rakyat yang mereka bantu serta mana-mana kawasan yang mereka majukan.

“Suatu ketika saya menjadi Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar saya didatangi oleh seorang perempuan tua yang meminta bantuan berkaitan bayaran persekolahan lima orang anaknya.

Kata Datuk Haji Tawfiq, beliau berusaha mengelak untuk membantu wanita itu kerana urusan sedemikian hanya beliau tumpukan kepada rakyat dari kawasan yang beliau wakili.

“Selepas saya berusaha mengelak, wanita tua itu hanya memberikan beberapa perkataan yang ‘menyentak’ hati dan perasaan saya hingga ke hari ini..

“Katanya, tidak bolehkah Datuk sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar membantu nasib saya ini...selepas mendengar kata-kata itu saya lantas memberikannya bantuan,” cerita Thaufik.

Oleh itu, kata Meneri Belia dan Sukan negeri itu, mana-mana pemimpin yang sudah diberikan tanggungjawab,  perlu melaksanakan tanggungjawab diamanahkan, sebagaimana yang turut digesa oleh pucuk pimpinan negeri dan pusat, demi kebaikan rakyat.