Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Penyertaan agensi kerajaan gembirakan rakyat Dun Sukau


SUKAU 9 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, rakyat di kawasan ini amat merasa bangga dan berpuas hati jika segala usaha pembangunan yang sedang diperjuangkan di kawasan Dun Sukau mendapat sokongan padu dan kerjasama positif daripada semua agensi kerajaan yang terbabit.

Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Negeri Sabah itu berkata, rakyat sudah semestinya akan berkeyakinan segala usaha memperjuangkan program sosioekonomi rakyat mampu ditunaikan menerusi kerjasama yang boleh ditunjukkan oleh pegawai-pegawai kerajaan berkaitan mewakili agensi-agensi di peringkat negeri dan persekutuan.

“Inilah rasa kelapangan yang dapat saya rasakan, apabila semua kakitangan kerajaan dan persekutuan, juga melibatkan badan-badan berkaitan kerajaan (GLC) yang dapat menyertai lawatan kerja ke tapak Pekan Baharu Sukau, Bandar Biodiversiti hari ini.

“Saya melihat kakitangan dapat berkongsi peranan dan pengalaman di bidang masing-masing bagi mempastikan perjalanan penyediaan tapak pekan baharu ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Menyatakan perkara itu selepas meninjau Tapak Masjid Tun Juhar, Tapak Tamu dan Tapak Balai Polis dalam kawasan Tapak Pekan Baharu Sukau di sini pada Isnin, Saddi berkata, lawatan kerja melibatkan semua agensi penting kerajaan bagi meninjau perjalanan projek itu mengikut perancangan berjalan dengan berkesan.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Setiausaha Eksekutif Majlis Daerah Kinabatangan, Mohd Japar, Pegawai Pejabat Tanah Daerah, Thomas Ikin, Jurutera Kanan JKR Sandakan, Sim Pau Kiong, Pegawai Pendidikan Daerah, Suhaimi Osman, Pegawai JHEAINS  Sandakan, Ag Juri Ag. Tahir, PDRM Kinabatangan, (Insp  Faizal Halid).

Para Pegawai mewakili LPPB diketuai Sulaiman Liman (Urusetia), Para Pegawai Perkasa Realty Sdn Bhd, Joe Gadayoh (Perancang Bandar), Rosemadian Haji Majid (Bomba), kakitangan wewakili SESB, Azreen (Sedco) dan Pengerusi Jawatankuasa Pekan Baharu Sukau, Damsah Batadon, para pegawai mewakili Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Kinabatangan, diikuti pegawai mewakili Pejabat Daerah Kinabatangan, selain kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Rakyat Dun Sukau diketuai Cdonya, Dasran Haji Dahalan.

Turut serta dalam lawatan kerja itu ialah kontraktor utama dalam melaksanakan penyiapan tapak projek Pekan Baharu Sukau.

Saddi berkata, kehadiran kakitangan tersebut mampu menyelesaikan beberapa urusan-urusan yang tertunggak berkaitan perlaksanaan tapak Pekan Baharu Sukau itu.

“Saya ingin merakamkan rasa terima kasih saya kepada ketua-ketua jabatan masing-masing kerana kehadiran para pegawai ini dalam lawatan ini. Sudah tentu iaanya meemberian impak yang berkesan dalam menarik sokongan rakyat ke arah menjayakan pembangunan di kawasan ini,” katanya.

Beliau tidak menafikan masih banyak tugas yang perlu dilakukan bagi mempastikan perlaksanaan program pembangunan di kawasan itu khususnya dalam menarik lebih banyak  agensi kerajaan serta pelabur dalam dan luar bagi  membuka perniagaan di tapak pekan berkenaan.

Namun semua itu, kata Saddi, bergantung daripada sokongan yang mampu diberikan pelbagai pihak khususnya agensi-agensi kerajaan dan sektor korporat supaya misi menyediakan rangkaian ekonomi berkesan dan perkhidmatan pentadbiran daerah dapat dilakukan di tapak itu menjelang tahun 2020. 

Berkaitan dengan usaha memulakan pembinaan Masjid Tun Juhar yang sekian lama tertangguh, tegas Saddi, ianya hanya menunggu waktu untuk dilakukan selepas isu menentukan arah  kiblat masjid itu sudahpun diputuskan.

Katanya, projek pembinaan masjid bernilai RM5 juta itu dijangka akan mengambil masa setahun dan ianya bakal dapat digunakan sebelum bulan Ramadhan Tahun depan.

“Kita juga sudah memutuskan untuk pembinaan Balai Polis Pekan Baharu ini yang dibina di kawasan bekas tapak kediaman Ketua Kampung Sukau yang bakal dipindahkan. Saya merasa gembira beliau akur demi kejayaan pembangunan di kawasan ini. Demikian juga tiga buah kubur keluarga beliau akan juga dipindahkan atas persetujuan bekas penduduk,” katanya.

Kata Saddi, beliau amat berpuas hati dengan kerja-kerja menyiapkan tapak tamu di kawasan tapak pekan baharu itu bagi membolehkan perlaksanaan projek tersebut ke arah memulakan program ekonomi bersepadu di kawasan ini.

Katanya, semua kakitangan kerajaan terlibat pada lawatan tersebut dapat memberikan laporan serta komen masing-masing bagi mempastikan perjalanan semua projek yang dirancang berjalan dengan teratur.

Saddi kemudian membawa pegawai-pegawai terlibat memantau kedudukan kedudukan Kampung Sukau bagi membolehkan mereka melihat sendiri keperluaan pembangunan kampung yang memerlukan perhatian.