Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Tingkatkan martabat pendidikan pelajar Dun Sukau



PARIS 8 MAC - Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, usaha memajukan tahap kecemerlangan pendidikan di dalam kawasan ini perlu mendapat anjakan yang tinggi agar golongan pelajarnya sentiasa dalam landasan yang tepat untuk meneroka kecemerlangan terbuka dalam perssaingan ilmu sebagai menterjemahkan perlaksanaan sistem pendidikan negara sedia ada.

Untuk itu, katanya, soal menyediakan kemudahan infrastruktur pendidikan, penyediaan guru-guru yang terlatih serta berkesan, diikuti kemudahan bilik darjah adalah amat dituntut, sebagai melihat kepada ‘kesamarataan’ agar masyarakat ibu bapa dan golongan pelajar benar-benar berpuas hati ke arah masa depan pendidikan di sini.

“Malangnya, setelah negara sudah sekian lama merdeka, malah telah ada keputusan telah dibuat untuk memperbaiki dan menydiakan sebuah kemudahan pendidikan yang lengkap di sini, namun  sehingga hari ini sebahagian besar keperluan itu masih belum menjadi kenyataan.

“Sebagai contoh jelas,  rancangan mengujudkan bangunan sekolah baru SMK Paris, diikuti SMK Sukau yang hingga kini masih belum dapat dilaksanakan, sebaliknya pelajar dan guru-guru masih menggunakan bangunan yang lama dan uzur.

“Soalnya, bagaimanakah para pelajar dan gurunya untuk bersaing dengan pencapaian serta kecemerlangan pendidikan yang mampu diraih oleh sekolah lain di seluruh negarai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan PIBG SMK Paris di Kampung Paris 3 di sini kelmarin.

Turut hadir dan memberikan ucapan pada majlis itu ialah Yang Dipertua PIBG, Encik Ardain Suradi yaang juga Wakil Ketua Anak Negeri dan Pengetua SMK Paris Encik Tangga Vellu, diikuti lebih 100 orang ibu bapa dan guru-guru di sekolah menengah itu..

Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangun dan Desa Sabah berkata, ibu bapa dan para pemimpin masyarakat di kawasan ini perlu memberikan sokongan padu kepada usaha menaiktaraf infrastruktur pendidikan di kawasan itu demi kebaikan mereka.

Katanya, mesyuarat PIBG perlu dijadikan sebahagian daripada platform untuk membincang dan mencari beberapa ketetapan dalam memajukan pendidikan di kawasan itu, demi kebaikan mereka.

“Malah saya menyarankan kepada mesyuarat PIBG supaya mengusulkan kepada Kementerian Pelajaran agar kementerian itu menyediakan peruntukan khusus kepada badan seperti PIBG. Ini bagi membolehkan jawatankuasa itu berkemamuan membiayai kos-kos yang bertujuan untuk memajukan program pembelajaran anak-anak.

“Saya sendiri ingin menyarankan setiap PIBG di negara ini diperuntukkan RM100,000. Cadangan ini perlu diketengahkan demi kebaikan PIBG yang terlibat secara langsung memajukan kanan-kanak di sesebuah sekolah,” katanya

Kata Saddi, walaupun cadangan peuntukan sejumlah itu kemungkinan ditolak oleh pihak kementerian, tetapi rasional disebalik cadangan itu boleh dinilai dan dipertimbangkan pada nilai yang lebih rendah demi untuk kebaikan pendidikan pelajar di kawasan luar bandar.

Saddi kemudian menggesa semua ahli PIBG sekolah itu sentiasa bermuafakat sesama mereka seterusnya mengemukakan cadangan bagi menjayakan aktiviti-aktiviti pendidikan dan ko-kurikulum demi memantapkan ilmu dan sahsiah pelajar serta guru terbabit


Sebagai pemimpin mewakili rakyat, kata Saddi, beliau sentias amemberikan sokongan padu kepada persatuan sedemikian demi mempastikan badan itu menjadi agen yang berkesan dalam membangunkan masa depan pendidikan rakyat di seluruh Dun Sukau.