Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

CTC manfaatkan rakyat - Saddi




KINABATANGAN 02 APRIL :    Program Transformasi Kemasyarakat atau CTC yang dicetuskan oleh Kementerian Kewangan bukan saja boleh diperkasakan di kawasan Bandar tetapi di luar bandar, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.

Beliau berkata, program berkenaan bukan saja mampu memberikan penjelasan yang tepat kepada rtakyat berhubung isu-isu semasa yang dihadapi negara, tetapi juga memberikan keutamaan kepada soal perkhidmatan yang amat diperlukan rakyat berkaitan permintaan semasa.

“ Saya amat teruja apabila Daerah Kinabatangan disenaraikan salah satu daripada enam program lawatan CTS yang dilakukan di seluruh negeri ketika ini. Maka sudah tentu rakyat perlu mengambil peluang bagi mendapatkan sebarang perkhidmatan yang diperlukan demi kebaikan negara keseluruhannya, “ katanya.

Menyatakan perkara itu ketika merasmikan Program  CTC yang dianjurkan kementerian tersebut di Padang Majlis Daerah Kinabatangan berhampiran Dewan Serbaguna Lamag di sini kelmarin, Saddi berkata, program yang tuirut membabitkan penyertaan lebih 40 badan agensi mewakili kerajaan negeri dan persekutuan itu hanya mampu dilaksanakan oleh kerajaan yang stabil seperti Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“ Tidak ada kerajaan selain BN yang mampu melakukan program seperti ini yang melibatkan penyertaan besar samada mewakili pihak kerajaan dan rakyat. Kerajaan pembangkang di Sabah seperti sebelum ini tidak mampu melaksanakannya.

“ Tetapi semenjak kerajaan BN memerintah di Sabah, kepelbagaian bentuk perkhidmatan mampu dilakukan untuk rakyat. Hari ini usaha itu telah banyak menjanjilkan kejayaan dan pembangunan kepada daerah seperti Kinabatangan dan DUN Sukau,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Kewangan Kerajaan Persekutuan di Sabah, Datuk Yusup Sarangit, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Sabah, Datuk Ismail Ahmad, Ketua Unit Pendaftaran Bergerak JPN Sabah, Pegawai Daerah Kinabatangan, Yassin Nasir, Nasir Ambo Ambikin, Ketua Daerah Kinabatangan, Haji Hamidin Radin, PPM Dun Sukau, Amiruidin Mohd Damit dan para pegawai mewakili Jabatan kerajaan negeri dan persekutuan di sini.

Datuk Saddi berkata, penjelasan tepat oleh pihak kerajaan dalam segala hal akan mampu memberikan kematangan kepada rakyat dan sedia berada di belakang para pemimpin dan kerajaan dalam apa juga keadaan.

“ Sebagaimana apa yang berlaku hari ini, kerajaan masih berada dalam keadaan yang kukuh dan bersatu apabila rakyat sentiasa sedia memberikan penjelasan yang mudah difahami dan tidak dikelirukan,” katanya.
Datuk Saddi berkata, tidak semua apa yang dikehendaki oleh rakyat itu mampu disediakan kerajaan dalam sekelip mata dan dalam keadaan sama rata. 

Tetapi dengan kesediaan rakyat memahami kemampuan kerajaan, telah terbukti tidak ada rakyat di negara ini yang dinafikan haknya, malah meraih pelbagai kemudahan secara berperingkat-peringkat dan rakyat di kawasan luar bandar telah terbukti mampu meningkatkan kemajuan mereka.

Saddi mahu agar program CTC itu dapat menjadi acara tahunan demi menjadikan kawasan luar Bandar seperti Dun Sukau dan Bukit Garam meraih banyak maklumat, perkhidmatan dan lebih banyak kemajuan berterusan.

“ Saya mengharapkan program seperti ini tidak diadakan di masa-masa pilihanraya sahaja. Tetapi setidak-tidaknya setahun sekali. Ianya bukan saja merapatkan hubungan rakyat dan pihak kerajaan, Tetapi mampu memberikan pendidikan berskala kepada rakyat untuk menjadi sebuah kawasan antara yang maju di Negara ini menjelang tahun 2020,” katanya.